Author: Norman Haqeem

  • Tempat Menarik di Kuala Terengganu

    Pasti ramai yang sudah tahu bahawa tahun 2013 merupakan Tahun Melawat Terengganu . Apa yang pasti bagi tahun 2014 pula, program Tahun Melawat Malaysia telah dilancarkan. Melalui program ini, pelancong ataupun penduduk tempatan boleh melawat beberapa tempat yang menarik di alam Malaysia.

    Related: Jimatkan Petrol Dengan Bio Energy Sticker

    Di Malaysia, terdapat beberapa tempat menarik serta unik yang boleh dikunjungi. Di entry kali ini, mambang hanya nak menulis tentang beberapa tempat yang sempat mambang singgah ketika program bersama Blooggers Dot Com dan SUMAI HOTEL APARTMENT baru-baru ini.

    TAMAN PANORAMA

    Pada hari pertama kami di Kuala Terengganu, setelah selesainya sarapan di Bintang Laut Restaurant @ SUMAI HOTEL APARTMENT kami telah dibawa untuk ke Taman Panorama yang terletak hanya 10 minit sahaja dari SUMAI HOTEL APARTMENT .

    Meskipun tidak ramai yang mengetahui tentang Taman Panorama ini, namun ia merupakan salah satu Tempat Menarik di Kuala Terengganu yang patut dikunjungi oleh semua pelancong setelah menjejakkan kaki anda di Kuala Terengganu.

    Related: Status Halal Produk Double Stem Cell Diragui?

    kuala terengganu, bukit panorama, travellog
    Antara panorama yang sempat dirakamkan oleh jurulensa kami [ iluvtour.com ]

    Taman Panorama atau Bukit Panorama adalah sebuah tempat untu anda melihat seluruh panorama kota Kuala Terengganu. Bagi mereka yang gemar untuk mendapatkan angin segar secara percuma, bolehlah singgah di sini sambil melepaskan stress setelah penat bekerja.

    blooggers, camwhore, travellog
    Mestilah kena bergambar dulu ye untuk kenangan.

    TAMAN TAMADUN ISLAM ( TTI )
    Ok untuk destinasi seterusnya, kita ke Taman Tamadun Islam. hahaha dah macam tour guide plak kn…
    Sepanjang hidup mambang selama 20 tahun, ini merupakan kali kedua mambang menjejakkan kaki ke sini. yang first dulu masa rombongan sekolah…hahaha

    Di sini, terdapat lebih kurang 23 buah monumen masjid yang dicipta dan masing-masing mempunyai cerita dan sejarah yang tersendiri.

    tti, taman, tamadun, islam, terengganu
    Great Mosque of Samarra, Iraq

    Ok dah sampai…hahaha
    Muzim Negeri Terengganu ini terletak berhampiran dengan Taman Tamadun Islam, jalan kaki pon boleh sampai…

    Di sini, segala sejarah berkaitan Terengganu disimpan secara rapi dan dijaga dengan teliti oleh pihak muzium. Bagi mereka yang ingin menimba ilmu mengenai sejarah, bolehlah melawat ke sini. Tapi ingat ! Hanya buku nota sahaja dibenarkan untuk di bawa masuk. Kamera tak boleh !

    Para bloggers diberi penerangan secara ringkas oleh pengurus muzium ini sendiri. ( kak anis tengah buat apa tu ? ) 

    RIVER CRUISE, TAMAN TAMADUN ISLAM
    Setelah penat berjalan, kita akan kembali ke lokasi Taman Tamadun Islam tapi untuk kali ini, bukan nak tengok monumen lagi.

    Kali ini, kita akan menaiki River Cruise yang yang dikemudi oleh dua orang kapten dari mereka. Bayaran sebanyak RM 20.00 seorang akan dikenakan untuk satu trip. Ok sila pakai jaket keselamatan dengan betul sebelum kita menjelajahi Sungai Terengganu ini.

    Untuk pengetahuan semua, kami hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja untuk menghasilkan sehelai batik. Itu pun dengan kerjasama 10 orang blogger dan beberapa orang staff dari SUMAI HOTEL APARTMENT . Cuba korang bayangkan la jikalau hanya seorang atau dua sahaja yang melakukan proses mencanting dan mewarna batik ini. Sekurang-kurangnya akan mengambil masa dalam dua atau tiga jam untuk sehelai batik !

    Sedikit info di sini : SUMAI HOTEL APARTMENT juga menyediakan beberapa pakej trip untuk anda kunjungi sekiranya anda menginap di SUMAI HOTEL APARTMENT .

    Baca di sini untuk info mengenai SUMAI HOTEL APARTMENT : Hotel Murah di Terengganu

  • Jimatkan Petrol Dengan Bio Energy Sticker

    Jimatkan Petrol Dengan Bio Energy Sticker

    Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua, baru-baru ini mambang ada menerima e-mel dari seorang pengusaha produk terbarunya yang mampu menjimatkan petrol tanpa merosakkan enjin. Alhamdulillah mambang diberi peluang untuk membuat review mengenai produk itu.

    petrol, jimatkan petrol

    Memperkenalkan kepada anda iaitu produk terbaru beliau ” Bio Energy Sticker “. Seperti yang anda lihat dalam gambar di atas, Bio Energy Sticker ini mampu :

    • Menjimatkan penggunaan petrol dan diesel
    • Meningkatkan tenaga dan stamina
    • Memperbaiki pengaliran darah
    • Tidak merosakkan enjin
    • Dan lain-lain
    jimat petrol, minyak naik

    Bio Energy Sticker juga boleh digunakan oleh setiap kenderaan di atas bumi ini kecuali basikal yang tidak menggunakan petrol / diesel. hahahaha. Dan cara penggunaan amatlah senang, anda tidak perlu menambah apa-apa cairan ke dalam tangki petrol, tangki minyak engin, sepertimana produk lain.
    Ye la dah nama pun Bio Energy Sticker , tak kan lah bentuk cecair..hahaha

    Dengan menggunakan teknologi dari Jepun, Bio Energy Sticker ini juga dapat digunakan selama 2 tahun.

    Untuk pengetahuan anda semua produk ini telahpun memasuki pasaran di Singapura dan mendapat sambutan hangat dari sana. 

    Sebelum korang bertanya ” boleh percaya ka benda ni ? ” biar mambang jawab siap-siap.Dulu mambang yang mula-mula tidak percaya tentang produk ni, tapi bila dah ramai guna dan memberikan feedback yang positif serta yang bertanya untuk menjadi agen dan REPEAT ORDER, mambang pun cuba la. Dan alhamdulillah setakat ini, tiada kesan buruk pada kereta dan motosikal yang mambang lekatkan sticker ini.
    Bagaimana Bio Energy Sticker ni bertindak ??

    Baiklah biar mambang terangkan serba sedikit ya bagaimana Bio Energy Sticker ni bertindak .

    Ia dihasilkan daripada campuran-26 batu yang ada di muka bumi ini yang mampu menyerap cahaya seperti batu gunung berapi, silika oksida, aluminium oksida dan lain-lain lagi. Apa yang korang nampak macam bintik-bintik kat stiker tu, itulah dia campuran batu tersebut.

    Tugas batu-batu ini ialah menyerap cahaya dan menggetarkan molekul minyak supaya lebih agresif dan membebaskan lebih banyak gas. Ala…macam kereta yang guna NGV tu…sebab tu la kenderaan yang pakai NGV jimat sebab NGV tu gas sebenarnya. Bila gas banyak, automatik penjimatan akan berlaku ya abang, kaka, adik, dato, datin sekalian. hahaha.

    Ukuran cahaya yang diserap ialah 1000 micron. Kalau macam ini kita dah tak panggil cahaya, kita panggil gelombang, sebab tu la korang tak nampak apabila cahaya diserap masuk.

    Kenapa tampal dekat pintu minyak bukan dekat enjin ?

    Boleh je kalau korang nak tampal kat enjin, tapi nanti bila enjin menjadi panas, stiker itu akan rosak pula.

    Di bawah ini pula beberapa testimoni dari pelanggan Bio Energy Sticker ini :

    Testimoni 1
    Testimoni 2

    Ya memang terbukti bahawa Bio Energy Sticker mampu menjimatkan penggunaan petrol dan diesel

    Harga minyak bila-bila masa saja boleh naik dan bila-bila masa saja boleh turun, namun penjimatan petrol sentiasa diperlukan. Tembak tak kena, cakap pun tak guna kalau tak ada detail nak order kan ? hahaha
    Jadi di sini mambang membuka order ( ready stok ) yang ada kat mambang sendiri sebagai stokis daerah Sungai Petani ini kepada sesiapa yang nak order Bio Energy Sticker ini , sila contact mambang di :
    Whats App / We Chat :  013-3191140Facebook : Amirul Syahnaz / LINK
    Harga ??RM 35.00 untuk SMRM 40.00 untuk SS
    Harga agen / stokis / dropship sila berurusan dengan SMS di nombor 0133191140 
    Sekian 🙂

  • Status Halal Produk Double Stem Cell Diragui ?

    Status Halal Produk Double Stem Cell Diragui ?

    Pasti ramai yang sudah maklum tentang Produk Double Stem Cell keluaran Phytoscienceyang mendapat sambutan yang agak tinggi sekarang. Produk ini dikatakan mampu untuk mengekalkan kesihatan dan kembali cantik di samping cara pemakanan yang amat mudah dan mempunyai perisa seperti epal dan anggur.

    Namun untuk entry kali ini, mambang bukan lagi nak mempromosikan Double Stem Cell ini kerana ramai yang sudah tahu tentang kebaikannya. Tetapi kali ini mambang nak memberitahu bahawa Produk Double Stem Cell ini tidak mempunyai sijil halalnya yang sah !

    Terdetik di hati mambang nak buat entry seperti ini kerana mambang ada terbaca di beberapa blog seperti blog mazidulakmal dan sahabathalal. Mula-mula sekali mambang agak kurang percaya kerana sudah lama produk ini berada di pasaran dan baru kini statusnya diketahui. Mambang juga agak bersimpati kepada rakan-rakan di luar sana yang telah menjadi agen / stokis untuk Double Stem Cell ini.

    Jadi, untuk mendapatkan kepastian lagi, mambang cuba untuk hubungi pihak Halal Hub. Apa yang mambang terima adalah sama seperti apa yang ada dalam blog di atas.

    halal, phytoscience, double, stem, cell

    Dan mambang juga bertanya adakah hanya Double Stem Cell tidak mempunyai status halal atau keseluruhan produk keluaran dari Phytoscience. Antara jawapan yang diberikan adalah seperti ini :

    halal, double, stem cell, phytoscience

    Niat mambang di sini bukanlah nak menutup ‘periuk nasi’ mereka yang sudah menjadi agen / stokis Double Stem Cell ini, tetapi mambang hanya sekadar berkongsi apa yang mambang miliki.

    Nantikan entry berikutnya apabila mambang berjaya mendapat penjelasan dari pihak Phytoscience sendiri ya.