Hari ini menerusi akaun rasmi Twitter dan Facebook Faizal Ismail, beliau telah mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai DJ HotFM.
Mungkin ramai yang kurang percaya kerana gelagat Faizal yang suka menyakat orang ramai. Namun apa yang dikatakan di sini seperti benar belaka kerana Faizal Ismail mempunyai syarikatnya sendiri yang dinamakan FBI Entertainment.
Saya Faizal Ismail meletakkan jawatan saya sbg penyampai Hotfm dgn notis berkuatkuasa hari ini 24 oktober 2013 — faizal ismail (@faizal_hotfm) October 24, 2013
Samada benar ataupun tidak, sama-samalah kita nantikan untuk berita seterusnya
Tahniah mambang ucapkan kepada pasangan pengantin baru ini Aril AF7 dan Puteri Erma Edlinda kerana selamat diijabkabulkan pada jam 3.10 petang 20 Disember 2013.
Khairil Azam Pilus ( Aril ) yang juga penyampai radio Era fm dan juga bekas bintang Akademi Fantasia musim ke-7 telah selamat di ijabkabulkan dengan buah hati pilihannya sendiri selepas solat Jumaat di Kota Bharu, Kelantan.
Dalam majlis ini, pihak pengantin lelaki telah memberi sembilan dulang hantaran beserta mas kahwin berjumlah RM15,000 dan turut dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan. Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, sehelai baju T, sehelai seluar jeans, slingbag, tali pinggang, minyak wangi, kasut, sejadah beserta senaskah Al-Quran dan dompet.
Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan wanita, senaskah Al-Quran, minyak wangi, kasut, sireh junjung, sejadah, kain dan cincin beserta sehelai cek mas kahwin berjumlah RM 15,000.
Jadi hari ini mambang nak kongsikan pulak gambar di sekitar majlis pernikahan Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang ini
9 peti hantaran yang diterima oleh pihak Rozita Che Wan berisi wang hantaran dalam bentuk cek yang berjumlah RM 93,000 , mas kahwin RM 9,300, dan juga cincin nikah yang bernilai RM 93,000 serta telekung dan sejadah, set minyak wangi, beg tangan, sepersalinan kain, kasut, sirih junjung, telefon bimbit dan juga cincin.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bismillahirrahmanirrahiim. Mambang dengan berbesar hati nya akan melancarkan baju khas untuk semua para blogger dalam Malaysia ini. Tujuan mambang mengeluarkan baju ini ialah kerana untuk menaikkan lagi nama blog anda dalam kalangan orang ramai bila-bila anda memakainya 🙂 Dan apa yang istimewa di sini ialah cuba anda bayangkan jika ada satu event yang melibatkan blogger-blogger kemudian kita tidak mempunyai baju khas untuk dipakai.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Isu terbaru kali ialah perlawanan bola sepak Separuh Akhir Kedua yang menyaksikan antara pasukan Pahang menentang Johor Darul Takzim terpaksa dihentikan. Kenyataan di bawah ialah daripada salah seorang saksi kejadian yang dipetik dari Facebook.
“via HarimauMalaya : Admin berada di tempat kejadian.. Pada mulanya situasi terkawal.. penyokong pahang yang ramai melimpah ruah, sudah mula memberi kerjasama dan tiada lagi mana2 penyokong yg berada di atas trek.. Pihak stadium mengucapkan terima kasih kepada kedua2 penyokong kerana memberi kerjasama.. Pada pukul 9.45mlm pemain pahang mula memasuki padang dan bersedia untuk bermain.. selepas itu giliran pengadil masuk padang.. tapi pasukan JDT tak masuk-masuk lagi ke padang selama 15 minit sehingga membuatkan penyokong Pahang berang terpaksa tunggu lama.. Pemain Pahang dan pengadil yang tunggu di situ seperti buat bodoh je tunggu lamanya dan penyokong sudah tidak sabar untuk menonton.. situasi terkawal ketika ini.. tetapi penyokong kelihatan berang kerana pasukan JDT belum masuk Padang lagi di saat pengadil dan pasukan pahang sudah bersedia..
Selepas itu, seorang pegawai polis jalan-jalan mengelilingi stadium memberi tanda bagus kepada penyokong pahang dan itu menandakan perlawanan selamat utk dijalankan..
Apabila pegawai polis itu lalu didepan Penyokong JDT, entah apa yang tak kena di atas tempat duduk penyokong JDT yang secara tiba-tiba baling botol plastik di luar stadium.. rupa-rupanya ada kejadian baling batu dari luar stadium sehingga terkena salah seorang dari penyokong JDT.. Lalu penyokong JDT merusuh keluar beramai-ramai ke padang sebagai tanda tidak berpuas hati dengan sistem keselamatan di stadium..
Ketika ini penyokong Pahang yang berada di stadium kelihatan tergamam dengan tindakan penyokong JDT yang merusuh keluar ke padang di stadium.. Ini bukan salah mereka kerana mereka tidak baling batu.. Mereka cuma terkejut dan tidak puas hati dengan kejadian baling batu itu..
Yang baling batu ialah orang yang berada di luar stadium.. (tak pasti siapa orangnya, mungkin penyokong pahang atau orang lain yg berada di luar stadium). – ini puncanya sebenarnya kejadian di stadium sebentar tadi..
Maka, perlawanan terpaksa ditangguhkan kerana situasi tidak terkawal lagi.. Penyokong Pahang berang lalu masuk ke padang kerana tidak puas hati dengan penyokong JDT kerana menangguhkan perlawanan.. Penyokong Pahang yang lain sudah mula naik angin lalu berlaku pergaduhan dengan penyokong JDT..
kesimpulannya, pihak Stadium dan pengurusan GAGAL dalam aspek keselamatan.. Kucing pun boleh berak.. Ini adalah malam yang cukup mengecewakan penyokong Pahang dan JDT yang mahu menikmati perlawanan separuh akhir Piala FA…” Menurut sumber, perlawanan akan dilangsungkan di stadium tertutup tanpa penyokong dari kedua-dua pasukan pada hari Rabu jam 8 malam.
Pasti ramai yang sudah tahu bahawa tahun 2013 merupakan Tahun Melawat Terengganu . Apa yang pasti bagi tahun 2014 pula, program Tahun Melawat Malaysia telah dilancarkan. Melalui program ini, pelancong ataupun penduduk tempatan boleh melawat beberapa tempat yang menarik di alam Malaysia.
Di Malaysia, terdapat beberapa tempat menarik serta unik yang boleh dikunjungi. Di entry kali ini, mambang hanya nak menulis tentang beberapa tempat yang sempat mambang singgah ketika program bersama Blooggers Dot Com dan SUMAI HOTEL APARTMENT baru-baru ini.
TAMAN PANORAMA
Pada hari pertama kami di Kuala Terengganu, setelah selesainya sarapan di Bintang Laut Restaurant @ SUMAI HOTEL APARTMENT kami telah dibawa untuk ke Taman Panorama yang terletak hanya 10 minit sahaja dari SUMAI HOTEL APARTMENT .
Meskipun tidak ramai yang mengetahui tentang Taman Panorama ini, namun ia merupakan salah satu Tempat Menarik di Kuala Terengganu yang patut dikunjungi oleh semua pelancong setelah menjejakkan kaki anda di Kuala Terengganu.
Antara panorama yang sempat dirakamkan oleh jurulensa kami [ iluvtour.com ]
Taman Panorama atau Bukit Panorama adalah sebuah tempat untu anda melihat seluruh panorama kota Kuala Terengganu. Bagi mereka yang gemar untuk mendapatkan angin segar secara percuma, bolehlah singgah di sini sambil melepaskan stress setelah penat bekerja.
Mestilah kena bergambar dulu ye untuk kenangan.
TAMAN TAMADUN ISLAM ( TTI ) Ok untuk destinasi seterusnya, kita ke Taman Tamadun Islam. hahaha dah macam tour guide plak kn… Sepanjang hidup mambang selama 20 tahun, ini merupakan kali kedua mambang menjejakkan kaki ke sini. yang first dulu masa rombongan sekolah…hahaha
Di sini, terdapat lebih kurang 23 buah monumen masjid yang dicipta dan masing-masing mempunyai cerita dan sejarah yang tersendiri.
Great Mosque of Samarra, Iraq
Ok dah sampai…hahaha Muzim Negeri Terengganu ini terletak berhampiran dengan Taman Tamadun Islam, jalan kaki pon boleh sampai…
Di sini, segala sejarah berkaitan Terengganu disimpan secara rapi dan dijaga dengan teliti oleh pihak muzium. Bagi mereka yang ingin menimba ilmu mengenai sejarah, bolehlah melawat ke sini. Tapi ingat ! Hanya buku nota sahaja dibenarkan untuk di bawa masuk. Kamera tak boleh !
Para bloggers diberi penerangan secara ringkas oleh pengurus muzium ini sendiri. ( kak anis tengah buat apa tu ? )
RIVER CRUISE, TAMAN TAMADUN ISLAM Setelah penat berjalan, kita akan kembali ke lokasi Taman Tamadun Islam tapi untuk kali ini, bukan nak tengok monumen lagi.
Kali ini, kita akan menaiki River Cruise yang yang dikemudi oleh dua orang kapten dari mereka. Bayaran sebanyak RM 20.00 seorang akan dikenakan untuk satu trip. Ok sila pakai jaket keselamatan dengan betul sebelum kita menjelajahi Sungai Terengganu ini.
Untuk pengetahuan semua, kami hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja untuk menghasilkan sehelai batik. Itu pun dengan kerjasama 10 orang blogger dan beberapa orang staff dari SUMAI HOTEL APARTMENT . Cuba korang bayangkan la jikalau hanya seorang atau dua sahaja yang melakukan proses mencanting dan mewarna batik ini. Sekurang-kurangnya akan mengambil masa dalam dua atau tiga jam untuk sehelai batik !
Sedikit info di sini : SUMAI HOTEL APARTMENT juga menyediakan beberapa pakej trip untuk anda kunjungi sekiranya anda menginap di SUMAI HOTEL APARTMENT .
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua, baru-baru ini mambang ada menerima e-mel dari seorang pengusaha produk terbarunya yang mampu menjimatkan petrol tanpa merosakkan enjin. Alhamdulillah mambang diberi peluang untuk membuat review mengenai produk itu.
Memperkenalkan kepada anda iaitu produk terbaru beliau ” Bio Energy Sticker “. Seperti yang anda lihat dalam gambar di atas, Bio Energy Sticker ini mampu :
Menjimatkan penggunaan petrol dan diesel
Meningkatkan tenaga dan stamina
Memperbaiki pengaliran darah
Tidak merosakkan enjin
Dan lain-lain
Bio Energy Sticker juga boleh digunakan oleh setiap kenderaan di atas bumi ini kecuali basikal yang tidak menggunakan petrol / diesel. hahahaha. Dan cara penggunaan amatlah senang, anda tidak perlu menambah apa-apa cairan ke dalam tangki petrol, tangki minyak engin, sepertimana produk lain. Ye la dah nama pun Bio Energy Sticker , tak kan lah bentuk cecair..hahaha
Dengan menggunakan teknologi dari Jepun, Bio Energy Sticker ini juga dapat digunakan selama 2 tahun.
Untuk pengetahuan anda semua produk ini telahpun memasuki pasaran di Singapura dan mendapat sambutan hangat dari sana.
Sebelum korang bertanya ” boleh percaya ka benda ni ? ” biar mambang jawab siap-siap.Dulu mambang yang mula-mula tidak percaya tentang produk ni, tapi bila dah ramai guna dan memberikan feedback yang positif serta yang bertanya untuk menjadi agen dan REPEAT ORDER, mambang pun cuba la. Dan alhamdulillah setakat ini, tiada kesan buruk pada kereta dan motosikal yang mambang lekatkan sticker ini. Bagaimana Bio Energy Sticker ni bertindak ??
Baiklah biar mambang terangkan serba sedikit ya bagaimana Bio Energy Sticker ni bertindak .
Ia dihasilkan daripada campuran-26 batu yang ada di muka bumi ini yang mampu menyerap cahaya seperti batu gunung berapi, silika oksida, aluminium oksida dan lain-lain lagi. Apa yang korang nampak macam bintik-bintik kat stiker tu, itulah dia campuran batu tersebut.
Tugas batu-batu ini ialah menyerap cahaya dan menggetarkan molekul minyak supaya lebih agresif dan membebaskan lebih banyak gas. Ala…macam kereta yang guna NGV tu…sebab tu la kenderaan yang pakai NGV jimat sebab NGV tu gas sebenarnya. Bila gas banyak, automatik penjimatan akan berlaku ya abang, kaka, adik, dato, datin sekalian. hahaha.
Ukuran cahaya yang diserap ialah 1000 micron. Kalau macam ini kita dah tak panggil cahaya, kita panggil gelombang, sebab tu la korang tak nampak apabila cahaya diserap masuk.
Kenapa tampal dekat pintu minyak bukan dekat enjin ?
Boleh je kalau korang nak tampal kat enjin, tapi nanti bila enjin menjadi panas, stiker itu akan rosak pula.
Di bawah ini pula beberapa testimoni dari pelanggan Bio Energy Sticker ini :
Testimoni 1Testimoni 2
Ya memang terbukti bahawa Bio Energy Sticker mampu menjimatkan penggunaan petrol dan diesel
Harga minyak bila-bila masa saja boleh naik dan bila-bila masa saja boleh turun, namun penjimatan petrol sentiasa diperlukan. Tembak tak kena, cakap pun tak guna kalau tak ada detail nak order kan ? hahaha Jadi di sini mambang membuka order ( ready stok ) yang ada kat mambang sendiri sebagai stokis daerah Sungai Petani ini kepada sesiapa yang nak order Bio Energy Sticker ini , sila contact mambang di : Whats App / We Chat : 013-3191140Facebook : Amirul Syahnaz / LINK Harga ??RM 35.00 untuk SMRM 40.00 untuk SS Harga agen / stokis / dropship sila berurusan dengan SMS di nombor 0133191140 Sekian 🙂
Pasti ramai yang sudah maklum tentang Produk Double Stem Cell keluaran Phytoscienceyang mendapat sambutan yang agak tinggi sekarang. Produk ini dikatakan mampu untuk mengekalkan kesihatan dan kembali cantik di samping cara pemakanan yang amat mudah dan mempunyai perisa seperti epal dan anggur.
Namun untuk entry kali ini, mambang bukan lagi nak mempromosikan Double Stem Cell ini kerana ramai yang sudah tahu tentang kebaikannya. Tetapi kali ini mambang nak memberitahu bahawa Produk Double Stem Cell ini tidak mempunyai sijil halalnya yang sah !
Terdetik di hati mambang nak buat entry seperti ini kerana mambang ada terbaca di beberapa blog seperti blog mazidulakmal dan sahabathalal. Mula-mula sekali mambang agak kurang percaya kerana sudah lama produk ini berada di pasaran dan baru kini statusnya diketahui. Mambang juga agak bersimpati kepada rakan-rakan di luar sana yang telah menjadi agen / stokis untuk Double Stem Cell ini.
Jadi, untuk mendapatkan kepastian lagi, mambang cuba untuk hubungi pihak Halal Hub. Apa yang mambang terima adalah sama seperti apa yang ada dalam blog di atas.
Dan mambang juga bertanya adakah hanya Double Stem Cell tidak mempunyai status halal atau keseluruhan produk keluaran dari Phytoscience. Antara jawapan yang diberikan adalah seperti ini :
Niat mambang di sini bukanlah nak menutup ‘periuk nasi’ mereka yang sudah menjadi agen / stokis Double Stem Cell ini, tetapi mambang hanya sekadar berkongsi apa yang mambang miliki.
Nantikan entry berikutnya apabila mambang berjaya mendapat penjelasan dari pihak Phytoscience sendiri ya.