Category: Berita

  • Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

    Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

    Hai Assalamualaikum semua, sempena hari Maulidur Rasul ini, mambang nak kongsikan beberapa tips yang mambang belajar dan serba sedikit ilmu yang mambang tahu mengenai Blog yang menggunakan platform Blogger. Jom baca sampai habis. Di sini ada 3 ilmu blogspot yang mambang nak kongsikan kepada blogger Malaysia. 

    Related: Status Halal Produk Double Stem Cell Diragui?

    Ok melalui entry Ilmu Blogspot Blogger Malaysia ini, mambang nak dedahkan beberapa teknik khas yang wajib dikuasai oleh para blogger semua ya.

    Pertama sekali kita terapkan ilmu SEO

    Pasti ramai blogger yang kurang mahir dalam menggunakan SEO ( Search Engine Optimization ). Begitulah juga dengan mambang sendiri yang kurang mahir menggunakan teknik ini walaupun dah beberapa kali belajar dari sini. SEO merupakan satu teknik yang mesti dimiliki oleh beberapa blogger supaya link blog kita berada di halaman utama page google apatah lagi berada di bahagian atas sekali. Jadi moh kita sama-sama praktikkan teknik ini dengan merujuk kepada link blog yang mambang sertakan itu. Ingat, kaedah SEO ini begitu penting dan sudahpun diamalkan sejak turun-temurun oleh para blogger hebat.

    Related: Jimatkan Petrol Dengan Bio Energy Sticker

    Yang kedua ialah berkenaan ‘Sitemap’
     SITEMAP – atau istilah yang mambang panggil ialah ‘isi kandungan’. Setiap blog / website mestilah mempunyai sitemap kerana ia sangat berguna untuk pembaca / pengunjung yang datang bertandang ke blog kita. Kegunaan sitemap ini ialah dengan menyenaraikan kesemua entri / post yang kita publish / terbitkan bermula dari blog / website anda ditubuhkan. Banyak cara untuk kita membuat sitemap ini yang anda boleh dapati di google.com dengan menggunakan keyword ‘buat sitemap untuk blogger’
    Akhir – ‘Ping Entry’
    Apa itu PING ??
    Hahaha sebenarnya mambang sendiri pun tak tahu apakah yang dimaksudkan dengan ‘ping’ . Apa yang mambang tahu, ping ialah salah satu cara yang digunakan oleh beberapa blogger hebat di dunia ini. Kaedah ping entry ini bermaksud kita menghantar link entry kita ke laman sosial, group blogger, serta website yang menyediakan perkhidmatan ping ini seperti busuk.org, blogr.my, pingje.com yang ni ja yang mambang selalu guna dan banyak lagi. Dari situ kita sudah berjaya menaikkan trafik kita dengan ‘mengelirukan’ pembaca menggunakan propaganda kita sendiri. hahaha. Oh ya sebelum itu kalau ada yang nak ping entry kalian ke group facebook boleh menggunakan link sini.

    Ok itu saja penyampaian mambang mengenai Ilmu Blogspot Blogger Malaysia setakat ini, diharap semua dapat mempraktikkan diri sendiri dalam menggunakan beberapa teknik yang mambang bagi tu ya. Sekian.

    Kontes Ilmu Blogspot Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog HebatSyuhada1981.comDikbee.comAbangEnsem.comEjamOthman.com serta ditaja bersama oleh Blog Mesti BacaBabyaimacomel.blogspot.comMawardiYunus.comMiziSempoi.comDindaMaisarra.blogspot.comEcadwinkyasha.comTerbaek.netDuniaFarisya.comPaly.myPhat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.

  • Hotel Murah di Terengganu

    Hotel Murah di Terengganu

    Assalamualaikum semua, baru-baru ini mambang bersama lagi 9 blogger yang lain yang mewakili Blooggers Dot Com telah berangkat ke Terengganu untuk satu review mengenai Hotel Apartment yang Murah di Kuala Terengganu .

    Pasti ramai yang tidak tahu bahawa di Kuala Terengganu, berhampiran Pantai Batu Burok terdapat sebuah Hotel Apartment yang merupakan salah satu Hotel Murah di Kuala Terengganu . Biar mambang ceritakan serba sedikit mengenai hotel ini .

    Related: Status Halal Produk Double Stem Cell Diragui?

    Info SUMAI HOTEL APARTMENT
    Diberi nama SUMAI HOTEL APARTMENT dan dimiliki oleh seorang yang berbangsa Melayu iaitu En. Sulaiman Mahyudin . Susah kita nak jumpa tauke hotel yang berbangsa Melayu ini.

    Related: Jimatkan Petrol Dengan Bio Energy Sticker

    Sebuah hotel yang didirikan betul-betul mengadap ombak Pantai Batu Burok ini yang berkonsepkan apartment dan mempunyai beberapa pakej mampu milik yang sememangnya sebuah Hotel Apartment Murah di Kuala Terengganu ini.

    Suasana di dalam Hotel Apartment ini pula memang menarik di mana kelengkapan yang lengkap seperti dapur, bilik, sofa, tv, meja makan, keperluan WiFi juga disediakan. Memang mambang tidak nafikan bahawa kualiti SUMAI HOTEL APARTMENT ini boleh mengalahkan beberapa buah homestay yang berada sekitar dengannya.

    Jika anda berada di SUMAI HOTEL APARTMENT ini , anda tidak perlu risau untuk berjalan-jalan mengambil angin di Pantai Batu Burok kerana perjalan untuk ke pantai hanyalah lebih kurang 5 minit sahaja. Itu pun kalau jalan kaki.

    Untuk ke Pasar Payang pula, perjalanan dari sini hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja ! Secara keseluruhannya bagi mambang kedudukan SUMAI HOTEL APARTMENT ini memang strategik sekali.

    JENIS BILIK & APARTMENT

    Studio Room
    Suite Room
    Deluxe Apartment
    Standard Apartment
    Suite Apartment
    Superior Apartment

    MAKANAN
    Seperti hotel-hotel yang lain, SUMAI HOTEL APARTMENT juga menyediakan beberapa menu makanan yang pasti menjilat jari anda.

    Kafe Bintang Laut Restaurant yang menjadi tempat utama bagi sesiapa sahaja yang menginap di SUMAI HOTEL APARTMENT ini untuk menjamu selera samada sarapan pagi, tengah hari, dan juga makan malam.

    Bintang Laut Restaurant juga dibuka untuk orang awam yang berminat untuk menikmati juadah istimewa yang tersedia oleh pihak hotel. Harganya pasti mengkagumkan bagi anda yang pernah ke sana .

    Berikut ialah beberapa menu yang mambang sempat makan ketika berada di sana 

    Anda tak perlu risau kerana tanpa menginap di hotel ini pon, anda dapat makan makanan seperti di atas sebab mambang dah cakap yang Bintang Laut Restaurant ni ada dibuka untuk public.

    Jadi sebelum mambang akhiri entri kali ini, mambang ingin buat satu promosi untuk pembaca blog mambang di mana anda boleh dapatkan harga penginapan yang istimewa daripada biasa.

    Jadi apa yang korang tunggu lagi…cepat backpacking kemudian mesej ke nombor yang tertera di atas !

  • BERITA : Gambar Sepanjang Majlis Pengkebumian Ustaz Azizan Abdul Razak

    POKOK SENA: Ribuan rakyat  hadir menunaikan solat jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak di Markaz PAS Pokok Sena, Jalan Langgar, dekat sini jam 4.15 petang tadi.

    Related: Status Halal Produk Double Stem Cell Diragui?


    Solat jenazah dimamkan anak lelaki Allahyarham, Izzatul Islam Azizan manakala doa dibacakan ulama tempatan, Tuan Guru Haji Salleh Musa.
    Jenazah kemudiannya dibawa ke Muassasah Darul Ulum, 17 km dari sini yang menempatkan  kubur mantan Presiden PAS,  Ustaz Dato’ Fadzil Mohd Nor untuk dikebumikan dengan diiiringi ribuan kenderaan.Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman, dan kemudiannya dipindahkan ke HSB pada 14 Ogos lalu selepas tahap kesihatannya dilihat memuaskan walaupun masih ditempatkan di ICU.

    Hujung bulan lalu, almarhum menunjukkan perkembangan positif apabila doktor mula menukar tiub pernafasan, selain mula bersuara biarpun masih perlahan, bagaimanapun ia mula merosot sejak jam 3.30 pagi, semalam.
    Allahyarham meninggalkan dua  isteri, Puan Sri Faikah Syeikh Hamzah dan Shamsiah Shafie dengan 14  anak. 

    Related: Jimatkan Petrol Dengan Bio Energy Sticker

  • Koleksi Pilihan Kuih Raya 2014

    Koleksi Pilihan Kuih Raya 2014

    Hai Assalamualaikum semua, selamat berkunjung ke blog mambang yang dah lama tak diusik ni kan. Al-maklumlah sibuk je memanjang dengan urusan yang tak seberapa penting tu. Ok sedar tak sedar kita semua bakal menempuh bulan Ramadhan bagi tahun 2014 ni ya. Tak lama lagi pasti penuh aneka kuih raya di laman-laman sosial memandangkan ramai yang mengambil inisiatif untuk berniaga.

    Kali ini, mambang hadir dengan membuat promosi untuk rakan-rakan mambang yang menyediakan kuih raya “rare” untuk tahun 2014. Firstly mambang nak tegaskan di sini, kuih raya ini boleh didapati di sekitar Negeri Kedah dan untuk yang di luar kawasan, korang boleh membeli secara online dan penghantaran menggunakan Pos Laju.

    Sebenarnya tak banyak pon kuih yang mambang nak letakkan dalam entry kali ini. Ye lah dah tajuk pon Koleksi Pilihan Kuih Raya 2014 kan, mestilah yang terpilih sahaja dapat masuk. hahahaha

    Oke untuk pilihan kuih raya 2014 yang pertama adalah “Congo Bars“. Bagi mambang, ia merupakan makanan terbaru dalam hidup mambang kerana ini adalah kali pertama mambang menjamahnya. Hahahaha.

    Rasanya yang agak kurang manis, tetapi apabila korang tergigit sahaja “button choc” yang terkandung dalam tuh, Ya Allah nikmatnya tak terhingga. Dari segi harga yang reasonable dan affordable, mambang yakin korang akan membuat pesanan untuk kali kedua,ketiga sehingga korang puas. Bertuah anak kelahiran Terengganu atau korang yang menetap di Terengganu, kerana pembekal “Congo Bars” ini tinggal di kawasan Kuala Terengganu. Anak kepada K.Gee Muda ini iaitu Nur Nabihah mempunyai minat yang sama dengan ibunya di mana mambang pernah terbitkan entry berkenaan makanan dessert di Kuala Terengganu di SINI. Oleh itu, jika korang ingin mendapatkan biskut Congo Bars ini, boleh hubungi Nur Nabihah di talian 014-2211977. Kalau nak tengok koleksi biskut lain, boleh ke laman instagram @slickblend .

    Untuk Kuih Raya Pilihan 2014 yang kedua pula, mambang tertarik dengan kuih era 2014 di mana sebelum ini mambang tak pernah lagi terjumpa kuih seperti ini iaitu “Rainbow Cookies“.

    Mambang yakin ada diantara pembaca blog ini pernah terserempak dengan biskut si pelangi ini di mana-mana laman sosial yang korang ada. Betul tak ?? Tapi korang mesti terfikir kan antara sedap atau tak kuih ini. Bagi mambang, “Rainbow Cookies” ini mempunyai rasa yang cukup menarik yang terdapat hanya 1 dalam 1000 rasa kuih yang lain. Beruah untuk orang Kedah kerana korang boleh mendapatkan kuih ini dengan menghubungi 013-4817808 (Amyra). Kuih yang berharga RM20 untuk 50pcs ini memang berbaloi untuk dijamah di pagi raya.

    Untuk yang terakhir Kuih Raya Pilihan 2014 adalah “Opah Biscotti” dan “Lava Cake“.

    Jangan ditanya kenapa “Opah Biscotti” bukan nenek, moyang, atuk dan lain-lain. Hahahaha. Sebaiknya anda boleh tanya sendiri si pembuatnya. Siapa?? Baca sehingga habis entry ini. Biskut “Opah Biscotti” ini sebenarnya warna coklat dan bukan seperti di atas. Di atas merupakan gambar yang diambil menggunakan kamera telefon berdefinisi rendah sahaja. Rasanya yang ummppphh…sehingga tak terkata. hahaha. “Opah Biscotti” ini merupakan sejenis biskut yang tak seperti biskut dan lebih kepada sejenis kek. Kesucian penggunaan coklat amatlah terasa tatkala “Opah Biscotti” ini terkena lidah anda.

    Ddduussshhhh ! Lava Meletus ! hahaha. Oke ini adalah salah satu lagi pilihan terbaik untuk tahun ini. “LavaCake“. Kecairan coklat di dalamnya pergghh ! gila kau, nikmat habis ! Sungguh tak ku sangka, ramai rakan-rakan mambang yang berbakat menghasilkan prototype Gunung berapi berbentuk “Lava Cake” ini.Si pembuat siap pesan lagi supaya jangan diletakkan ke dalam peti sejuk kerana takut ianya meletus. Sungguh benar kata dia. Keenakannya yang hampir sama dengan “Opah Biscotti” itu membuatkan mambang terliur ketika menulis entry ini. Bagi yang tinggal di kawasan Sungai Petani, Kedah, korang boleh dapatkan “Opah Biscotti” dengan hanya RM10/pack dan “Lava Cake” RM2/cup. Sila hubungi Cik Farahani di talian 01137899735 untuk pesanan.

  • TIPS : 4 Cara Penjagaan Powerbank Dengan Betul

    TIPS : 4 Cara Penjagaan Powerbank Dengan Betul

    Sebut sahaja powerbank, pasti ramai yang tahu di era teknologi ini kan. Ada yang jenis silinder lah, petak lah, dan macam-macam lagi keluaran powerbank yang mambang jumpa di pasaran. 

    Related: Status Halal Produk Double Stem Cell Diragui?

    Namun, adakah anda semua tahu Cara Penjagaan Powerbank dengan betul supaya tahan lebih lama ? Di sini, mambang nak kongsikan beberapa tips penjagaan powerbank kepada anda.

    Simpan Powerbank dalam Kereta !
    Jangan simpan powerbank anda dalam kereta. Ini kerana biasanya suhu dalam kereta akan mencecah 40 Celsius atau lebih tinggi apabila berjemur di bawah matahari dan suhu tinggi ni akan mengurangkan lifespan powerbank anda. Kekadang ada sahaja antara kita yang malas untuk membawa keluar powerbank berjalan-jalan bersama kita, maka ditinggalkannya di dalam kereta.

    TIPS : 4 Cara Penjagaan Powerbank Dengan Betul | Mambang.my

    Related: Jimatkan Petrol Dengan Bio Energy Sticker

    Menggunakan Car Charger Port yang Berkualiti
    Jika nak charge powerbank anda dengan Car Charger, sila pastikan car charger anda jenis yang berkualiti. Low kualiti car charger biasa output current dia tak stable dan senang merosakkan circuit powerbank. Selalu menggunakan car charger yang low kualiti jugak salah satu battery phone anda cepat kembung.
    Simpan Powerbank dalam Bag Ketika Mengecas
    Jangan charge phone anda dgn powerbank dan simpan dlm bag. Ini disebabkan apabila anda charge phone anda dengan powerbank dalam bag, udara panas yang dikeluarkan daripada powerbank dan phone tidak dapat disingkirkan sebab udara dalam bag dalam keadaan tertutup. Selain tu, charge dalam bag akan menyebabkan kabel-kabel terhimpit dan cable anda akan cepat rosak. Try charge dalam keadaan terbuka.

    TIPS : 4 Cara Penjagaan Powerbank Dengan Betul, powerbank, murah

    Cas Powerbank Menggunakan USB Port dari Laptop/DVD Player/PC
    Jangan charge powerbank anda dengan menggunakan USB port dari laptop atau PC ataupun DVD Player. Ini adalah kerana output dari USB port alat-alat tersebut terlalu rendah dan anda kena ambil masa yang lebih panjang utk mengecas powerbank anda.
    p/s : inilah serba sedikit tips yang mambang dapat daripada email untuk dikongsikan bersama.

  • HIBURAN : Faizal Ismail Letak Jawatan

    HIBURAN : Faizal Ismail Letak Jawatan

    Hari ini menerusi akaun rasmi Twitter dan Facebook Faizal Ismail, beliau telah mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai DJ HotFM.

    Mungkin ramai yang kurang percaya kerana gelagat Faizal yang suka menyakat orang ramai. Namun apa yang dikatakan di sini seperti benar belaka kerana Faizal Ismail mempunyai syarikatnya sendiri yang dinamakan FBI Entertainment.

    Saya Faizal Ismail meletakkan jawatan saya sbg penyampai Hotfm dgn notis berkuatkuasa hari ini 24 oktober 2013
    — faizal ismail (@faizal_hotfm) October 24, 2013

    Samada benar ataupun tidak, sama-samalah kita nantikan untuk berita seterusnya

  • HIBURAN : Aril AF7 Sah Bergelar Suami

    HIBURAN : Aril AF7 Sah Bergelar Suami

    Tahniah mambang ucapkan kepada pasangan pengantin baru ini Aril AF7 dan Puteri Erma Edlinda kerana selamat diijabkabulkan pada jam 3.10 petang 20 Disember 2013.

    Khairil Azam Pilus ( Aril ) yang juga penyampai radio Era fm dan juga bekas bintang Akademi Fantasia musim ke-7 telah selamat di ijabkabulkan dengan buah hati pilihannya sendiri selepas solat Jumaat di Kota Bharu, Kelantan.

    Dalam majlis ini, pihak pengantin lelaki telah memberi sembilan dulang hantaran beserta mas kahwin berjumlah RM15,000 dan turut dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan. Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, sehelai baju T, sehelai seluar jeans, slingbag, tali pinggang, minyak wangi, kasut, sejadah beserta senaskah Al-Quran dan dompet.

    Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan wanita, senaskah Al-Quran, minyak wangi, kasut, sireh junjung, sejadah, kain dan cincin beserta sehelai cek mas kahwin berjumlah RM 15,000.

  • HIBURAN : Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Che Ta & Zain Saidin

    HIBURAN : Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Che Ta & Zain Saidin

    Semalam mambang ada kongsikan kepada anda semua mengenai Gambar Majlis Berinai Pasangan “Wedding of the Year” ini.

    Related: Status Halal Produk Double Stem Cell Diragui?

    Jadi hari ini mambang nak kongsikan pulak gambar di sekitar majlis pernikahan Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang ini

    9 peti hantaran yang diterima oleh pihak Rozita Che Wan berisi wang hantaran dalam bentuk cek yang berjumlah RM 93,000 , mas kahwin RM 9,300, dan juga cincin nikah yang bernilai RM 93,000 serta telekung dan sejadah, set minyak wangi, beg tangan, sepersalinan kain, kasut, sirih junjung, telefon bimbit dan juga cincin.

    Related: Jimatkan Petrol Dengan Bio Energy Sticker

    Apa-apapun didoakan semoga pasangan ini bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat 🙂

  • Tonton Pencetus Ummah Mimbar Akhir

    Tonton Pencetus Ummah Mimbar Akhir

    Kepada yang terlepas untuk menonton Mimbar Akhir Pencetus Ummah , kini anda boleh menontonnya di sini .

    Kredit video kepada : GuaTv.com

  • URGENT: Pre-Order Baju Blogger Seluruh Malaysia

    Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bismillahirrahmanirrahiim. Mambang dengan berbesar hati nya akan melancarkan baju khas untuk semua para blogger dalam Malaysia ini. Tujuan mambang mengeluarkan baju ini ialah kerana untuk menaikkan lagi nama blog anda dalam kalangan orang ramai bila-bila anda memakainya 🙂 Dan apa yang istimewa di sini ialah cuba anda bayangkan jika ada satu event yang melibatkan blogger-blogger kemudian kita tidak mempunyai baju khas untuk dipakai.

    Related: Jimatkan Petrol Dengan Bio Energy Sticker

    Pandangan Hadapan
    Pandangan Belakang

    Quality Baju : Jenis Polo Shirt* Silk-Screen Printing* Gred AA* Harga Termasuk Pos*

    Harga Bagi setiap helai baju yang ditempah ialah RM45 SAHAJA . 

    Tempahan Dibuka sehingga 50 orang sahaja !

    Related: Status Halal Produk Double Stem Cell Diragui?