TIPS : 4 Cara Penjagaan Powerbank Dengan Betul

Sebut sahaja powerbank, pasti ramai yang tahu di era teknologi ini kan. Ada yang jenis silinder lah, petak lah, dan macam-macam lagi keluaran powerbank yang mambang jumpa di pasaran. 

Related: Status Halal Produk Double Stem Cell Diragui?

Namun, adakah anda semua tahu Cara Penjagaan Powerbank dengan betul supaya tahan lebih lama ? Di sini, mambang nak kongsikan beberapa tips penjagaan powerbank kepada anda.

Simpan Powerbank dalam Kereta !
Jangan simpan powerbank anda dalam kereta. Ini kerana biasanya suhu dalam kereta akan mencecah 40 Celsius atau lebih tinggi apabila berjemur di bawah matahari dan suhu tinggi ni akan mengurangkan lifespan powerbank anda. Kekadang ada sahaja antara kita yang malas untuk membawa keluar powerbank berjalan-jalan bersama kita, maka ditinggalkannya di dalam kereta.

TIPS : 4 Cara Penjagaan Powerbank Dengan Betul | Mambang.my

Related: Jimatkan Petrol Dengan Bio Energy Sticker

Menggunakan Car Charger Port yang Berkualiti
Jika nak charge powerbank anda dengan Car Charger, sila pastikan car charger anda jenis yang berkualiti. Low kualiti car charger biasa output current dia tak stable dan senang merosakkan circuit powerbank. Selalu menggunakan car charger yang low kualiti jugak salah satu battery phone anda cepat kembung.
Simpan Powerbank dalam Bag Ketika Mengecas
Jangan charge phone anda dgn powerbank dan simpan dlm bag. Ini disebabkan apabila anda charge phone anda dengan powerbank dalam bag, udara panas yang dikeluarkan daripada powerbank dan phone tidak dapat disingkirkan sebab udara dalam bag dalam keadaan tertutup. Selain tu, charge dalam bag akan menyebabkan kabel-kabel terhimpit dan cable anda akan cepat rosak. Try charge dalam keadaan terbuka.

TIPS : 4 Cara Penjagaan Powerbank Dengan Betul, powerbank, murah

Cas Powerbank Menggunakan USB Port dari Laptop/DVD Player/PC
Jangan charge powerbank anda dengan menggunakan USB port dari laptop atau PC ataupun DVD Player. Ini adalah kerana output dari USB port alat-alat tersebut terlalu rendah dan anda kena ambil masa yang lebih panjang utk mengecas powerbank anda.
p/s : inilah serba sedikit tips yang mambang dapat daripada email untuk dikongsikan bersama.